Tuesday 27 September 2011

Kaji pasport Thaksin





2011/09/28

Yingluck cadang serah semula dokumen abangnya

NEW YORK: Kerajaan baru Thailand pimpinan Yingluck Shinawatra menimbang untuk memberikan semula pasport kepada abangnya, Thaksin Shinawatra kerana percaya sabitan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri itu bermotif politik. 

Menteri Luar Thai, Surapong Tovichakchaikul, berkata beliau melihat dari segi undang-undang mengenai rampasan pasport diplomatik Thaksin pada 2009.
Beliau berkata, rampasan itu tidak adil kerana tiada warga Thai kehilangan dokumen pengenalan kerana sabitan undang-undang.
Thaksin yang banyak menghabiskan masa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah mendapatkan kewarganegaraan dan pasport Montenegro dan Nicaragua, membolehkan beliau berada di luar negara. 

Surapong juga menganggap sabitan Thaksin pada 2008 adalah lebih daripada politik dan mungkin ditarik balik pada masa depan. 

Thaksin dituduh membantu isterinya membeli hartanah bernilai tinggi di Bangkok dari agensi negeri pada 2003 ketika beliau perdana menteri. 

Surapong berkata, hartanah itu sudah diserahkan kepada kerajaan dan keputusan mahkamah itu sepatutnya terbatal. 
Selain itu, Thaksin sudah membantu menjernihkan hubungan di antara Thailand dan Kemboja selepas pertumpahan darah awal tahun ini. 

Pada masa sama, beliau terus menafikan dakwaan bahawa Thaksin merangka dasar untuk kerajaan baru. 

Surapong memberitahu, bekas pemimpin itu hanya memberi nasihat kepada Parti Pheu Thai untuk melaksanakan janji jika memenangi pilihan raya Julai lalu. 
Tiada langsung pembabitan Thaksin dalam menentukan dasar kerajaan, kata Surapong di luar Perhimpunan Agung PBB. 

Thaksin yang juga bekas pemilik rangkaian telekomunikasi diusir dalam rampasan kuasa pada 2006 dan kemudian dijatuhkan hukuman penjara dua tahun semasa ketiadaannya dan disekat pulang. 

Walaupun hidup dalam buangan, beliau masih dianggap menyumbang kepada perpecahan politik di Thailand yang membawa kepada keganasan tahun lalu apabila penyokong setianya memenuhi tengah Bangkok yang mengundang tindakan keras tentera. Lebih 90 mati dalam keganasan itu. 

Dengan sokongan padu Thaksin di kawasan luar bandar Thailand, adik bongsunya, Yingluck yang masih mentah dalam arena politik menjadi perdana menteri wanita Thailand pertama. 

Surapong yang berkait dengan keluarga Shinawatra melalui perkahwinan berkata, hubungan Thai-Kemboja terjejas di bawah kerajaan Thai sebelum ini tetapi semakin baik sekarang. AP

No comments:

Post a Comment