Wednesday, 5 October 2011

67 ahli sindiket penipuan kad kredit di Internet diusir

MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengusir 67 warga China didakwa anggota sindiket jenayah antarabangsa yang mahir dalam penipuan kad kredit melalui Internet, kata Biro Imigresen semalam. Ketua Siasatan Biro Imigresen, Arvin Santos, berkata suspek ditahan selepas anggota imigresen menyerbu dua rumah di Manila, minggu lalu. Katanya, rumah berkenaan digunakan sebagai pusat operasi. “Mereka bertindak seolah-olah ejen pusat panggilan yang menghubungi mangsa di China dan Taiwan. “Mangsa diyakinkan supaya membeli pelbagai barang atau perkhidmatan dan membuat bayaran menggunakan kad kredit,” katanya. Sebaik saja bayaran diterima, kata Santos, wang itu dipindahkan ke akaun bank sindiket terbabit. “Sindiket itu melatih 67 warga China untuk bekerja di Mania dengan dijanjikan gaji lumayan,” katanya. Menurut Santos, semua 67 suspek diterbangkan ke Beijing minggu lalu. Februari lalu, Filipina menghantar 14 warga Taiwan yang terbabit dalam penipuan serupa ke China, menyebabkan berlaku ketegangan diplomatik Manila - Taipei. - AFP

No comments:

Post a Comment