05/10/2011 2:13pm
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga lelaki, bulan lepas.
Loi Siew Fu, 27, didakwa terhadap dua pertuduhan dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di kening kiri seorang eksekutif jualan, Chan Yat Foong, 37, dan juga telah menyebabkan kecederaan yang sama terhadap seorang jurujual, Tan Chuin Boon, 29, dengan cara membaling gelas ke arah mereka.
Siew Fu juga didakwa terhadap satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan di muka dan kepala terhadap Ho Wai Keat, 30, dengan menggunakan tangan.
Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di @Live Live Music Club, Lot GF0011, 001A dan 001B, Ground Floor Federal Arcade, Bukit Bintang, Dang Wangi di sini, kira-kira 2.30 pagi, 16 September lepas. - Bernama
No comments:
Post a Comment