Wednesday, 5 October 2011

Erdogan: Israel adalah negara pengganas



ANKARA 5 Okt. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa Israel sebagai 'ancaman' kepada negara-negara di sekelilingnya kerana rejim Zionis itu mempunyai senjata nuklear.
Beliau turut menuduh Israel sebagai negara pengganas.
"Saya melihat Israel sebagai ancaman terhadap negara lain di sekitarnya kerana mempunyai bom atom," lapor agensi berita Anatolia yang memetik kata Erdogan yang mengadakan lawatan rasmi ke Afrika Selatan.
Erdogan sebelum ini menuduh Barat bersikap pilih kasih kerana melarang Iran membina senjata nuklear tetapi tidak mengambil tindakan serupa terhadap Israel.
Hubungan Turki-Israel yang sebelum ini pernah bersekutu, kini terjejas ekoran keengganan Israel memohon maaf atas kejadian serbuan komando Zionis terhadap kapal bantuan Turki, yang mana sembilan aktivis negara ini terbunuh pada akhir Mei tahun lalu.
Bulan lalu, Erdogan menghalau duta Israel dan membekukan hubungan ketenteraan serta perjanjian pertukaran alatan pertahanan.
Ankara turut mengancam untuk menghantar kapal perang negaranya bagi mengiringi mana-mana kapal Turki ke Palestin.
Menurut stesen NTV, kenyataan Erdogan itu dikeluarkan sebagai membalas komen diplomat Israel di Afrika Selatan yang menyalahkan Hamas kerana melancarkan serangan roket ke wilayah rejim Zionis itu. - AFP

No comments:

Post a Comment