Wednesday, 5 October 2011

Jackson berdengus, batuk ketika nazak



SADE ANDING memberikan keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Michael Jackson di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin. - AP


LOS ANGELES – Seorang pelayan bar, Sade Anding yang juga merupakan teman wanita doktor peribadi penyanyi Micheal Jackson, Dr. Conrad Murray mendedahkan dia terdengar bunyi dengusan dan batuk ketika sedang bercakap dengan doktor tersebut semasa Jackson sedang nazak.
Anding memberi keterangan bahawa Murray menelefonnya pada pukul 11.51 pagi pada 25 Jun 2009 semasa dia berada di Houston.
menurutnya, ketika itu Murray berada di rumah sewa penyanyi tersebut untuk membantu Jackson tidur.
Selepas lima atau enam minit kemudian, Sade menyedari bahawa Murray tidak lagi menjawab perbualannya dan terdapat bunyi yang perlahan seolah-olah telefon itu berada di dalam poketnya.
“Saya berkata ‘Hello... Hello.. .dan tidak mendengar apa-apa. Saya menekap telefon ke telinga saya,” kata Sade kepada Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Perbicaraan kematian Raja Pop itu masuk minggu yang kedua dengan kehadiran beberapa saksi termasuk Murray.
Murray dituduh membunuh dengan tidak sengaja Jackson pada 25 Jun 2009.
Sade turut menjelaskan, dia mendengar bunyi bising selama empat atau lima minit sebelum meletak telefon dan menambah, dia cuba menelefon kembali Mur- ray sebanyak dua kali tetapi tidak dijawab.
Pelayan itu juga memberitahu para penyiasat cuba menghubunginya sebulan selepas kejadian.
Sade menelefon Murray dan memberitahunya perkara tersebut.
“Dia (Murray) memberitahu saya, kenapa mereka (para penyiasat) mencari awak? Saya meminta maaf kerana mereka (para penyiasat) menghubungi awak,” kata Sade dan Murray menyuruhnya menghubungi peguamnya sebelum kembali ke Jabatan Polis Los Angeles.
Mahkamah turut mendengar keterangan daripada Nicole Alvarez yang tinggal bersama Murray di sebuah apartmen di Santa Monica dan mempunyai seorang anak lelaki.
Alvarez, yang berusia 29 tahun dan seorang aktres menemui Mur- ray di sebuah kelab di Las vegas pada 2005.
Dia berkata, Murray akan meninggalkannya pada pukul 9 malam untuk melihat Jackson dan kembali pada keesokan harinya yang merupakan rutin hariannya.
Jackson meninggal dunia selepas mengalami kegagalan jantung di rumah sewanya di sini, dipercayai akibat pengambilan ubat pelali propofol secara berlebihan.
Murray ditahan beberapa minggu kemudian kerana disyaki cuai memberikan ubat pelali propofol sehingga menyebabkan kematiannya.
Murray, 58, sebelum ini mendakwa bahawa Jackson sendiri yang mengambil dos propofol secara berlebihan. Doktor peribadi itu boleh dipenjara sehingga empat tahun jika pihak juri mendapati dia bersalah dalam kes tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment