Wednesday, 5 October 2011

Ditahan miliki 10,642 Eramin 5


05/10/2011 6:06pm

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun dan merampas 10,642 biji dadah pil jenis Eramin 5 bernilai RM266,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Muda, Ampang dekat sini Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, dadah berkenaan ditemui secara berasingan di mana 1,000 biji pil berkenaan disimpan di dalam sebuah kotak yang dibungkus kemas dengan kertas pembalut hadiah.

Beliau berkata, serbuan pada kira-kira 1 pagi itu turut menemui 9,642 biji pil Eramin 5 lagi yang disembunyikan di dalam kenderaan dan bahagian lain di rumah suspek.

"Kita percaya pil itu mahu diedarkan untuk pasaran di kelab-kelab malam di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang berita di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini. - Bernama

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment