Wednesday 5 October 2011

FSB tahan perisik

 MOSCOW: Russia semalam mengumumkan penahanan seorang lelaki warga China kerana didakwa cuba mendapatkan dokumen sulit mengenai sistem misil S-300 ketika menyamar sebagai pegawai penterjemah. Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) berkata, lelaki terbabit ditahan pada 28 Oktober lalu tetapi agensi itu enggan menyatakan mengapa ia gagal dilaporkan sebelum ini. Kenyataan FSB mendakwa, suspek dikenali sebagai Tong Shengyong dan kesnya dirujuk kepada pendakwa Mahkamah Bandar Raya Moscow kelmarin. “Siasatan mendapati lelaki itu diberikan tugasan dari Kementerian Keselamatan Awam China,” kata kenyataan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment