Wednesday 5 October 2011

Kos baik pulih bangunan Parlimen RM520j

DEWAN Rakyat semalam diberitahu, kos kerja membaik pulih dan menaik taraf Kompleks Bangunan Parlimen ialah RM520 juta dan ia dilaksanakan secara konvensional membabitkan tiga fasa. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, ia perlu dibuat dengan teliti, khususnya pemilihan lokasi blok bangunan baru, reka bentuk dan hiasan dalaman dibuat dengan teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor keselamatan dan keselesaan.

No comments:

Post a Comment