Wednesday, 5 October 2011

Duta AS berang sekatan ke atas Syria diveto



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Duta Amerika Syarikat ke PBB, Susan Rice menyatakan Washington berang kerana Majlis Keselamatan kelmarin gagal meluluskan resolusi mengecam Syria dan memberi isyarat negara berkenaan mungkin dikenakan sekatan.
Dalam ucapannya kepada 15 anggota Majlis Keselamatan selepas Rusia dan China menggunakan kuasa veto untuk membatalkan draf resolusi berhubung Syria, Rice berkata, masanya sudah tiba untuk Majlis Keselamatan mengenakan sekatan ketat ke atas Damsyik kerana menggunakan kekerasan untuk menangani para penunjuk perasaan prodemokrasi.
"Krisis di Syria akan menjadi tanggungjawab Majlis Keselamatan dan kami tidak akan berhenti sehingga badan ini memenuhi tanggungjawab yang diberikan," katanya. - Reuters

No comments:

Post a Comment