Wednesday 5 October 2011

Calon PMR maut tersepit tayar treler

BENTONG: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Repas, di sini, yang sepatutnya mengambil kertas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) subjek Pendidikan Islam maut selepas tersepit pada tayar kanan treler selepas motosikal ditungganginya merempuh kenderaan berat itu, di Kilometer 7.5, Jalan Bentong-Raub, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa, Muhamad Muhaimin Nordin, 15, dari Felda Lurah Bilut, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Difahamkan, sebelum itu, mangsa sempat mengambil kertas peperiksaan PMR subjek Bahasa Melayu 1 dan 2 sebelum pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama keluarga. Bagaimanapun, sebaik selesai makan, mangsa menunggang motosikal seorang diri ke SMK Kuala Repas. Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata siasatan mendapati mangsa dipercayai melanggar belakang tayar kanan treler itu ketika cuba memotong kenderaan berat berkenaan.

No comments:

Post a Comment