Wednesday 5 October 2011

Keahlian digantung tapi perlu bayar yuran

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengutip sampah-sarap untuk dikitar semula di sebuah kelab golf terkemuka di Shah Alam, seorang pesara swasta mendakwa digantung sebagai ahli selama enam bulan bermula September lalu hingga Mac tahun depan. Mangsa, Lee Choon Poke, 51, berkata dia menjadi ahli kelab itu sejak tiga tahun lalu dan kesal apabila pihak pengurusan menggantung keahliannya hanya kerana perkara kecil. Bagaimanapun, dia tetap perlu membayar yuran keahlian RM270 bagi tempoh tiga bulan sedangkan dia, isteri dan tiga anak tidak boleh memasuki kawasan kelab. “Akibat tindakan itu, saya sekeluarga dihalang dan tidak boleh memasuki kelab itu untuk melakukan aktiviti riadah. “Selain itu, kami langsung tidak boleh menjejakkan kaki ke kelab yang dua kilometer dari rumah walaupun untuk membeli makanan di restoran kelab,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Beliau membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam, kelmarin, kerana tidak puas hati dengan tindakan kelab berkenaan.

No comments:

Post a Comment