Friday, 7 October 2011
Diberkas selepas guna telefon curi
DAMANSARA DAMAI – Tindakan bodoh seorang pencuri menggunakan telefon bimbit yang dikebasnya dari sebuah rumah di Blok G, Apartmen Idaman dekat sini membawa padah apabila dia diberkas selepas membuat panggilan kepada rakannya yang merupakan jiran kepada tuan rumah yang dipecah masuk.
Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, mangsa yang dikatakan memecah masuk sebuah rumah di blok berkenaan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk dua telefon bimbit ketika pemiliknya keluar bekerja.
Sumber biro keselamatan apartmen itu berkata, mangsa kemudian pada mulanya mahu meminjam telefon bimbit milik jirannya itu namun terkejut selepas mendapati terdapat rekod panggilan dari salah sebuah nombor telefon bimbitnya yang hilang.
“Tuan rumah itu membuat aduan kepada kami tentang perkara itu dan anggota biro keselamatan apartmen terus bergegas ke rumah suspek yang dinyatakan dan seperti yang dijangka suspek yang berusia 30 tahun itu mengaku melakukan kegiatan itu namun selepas didesak dia akhirnya membawa keluar barangan yang dicuri yang disembunyikan di dalam rumah,” katanya.
Difahamkan, suspek yang sudah berkeluarga tidak mempunyai pekerjaan tetap tinggal di kawasan perumahan yang sama sejak beberapa tahun lalu.
Penduduk kemudiannya menyerahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan laporan mengenai kejadian dibuat oleh mangsa di Balai Polis Damansara Damai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunadi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.
Kes disiasat di bawah 457 kanun keseksaan kerana melakukan pecah rumah.
Labels:
curi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment