Kejadian yang berlaku 3 Oktober lalu, jam 8.45 malam itu, dua anggota polis dari Balai Polis Taman Pelangi yang sedang menjalankan tugas rondaan bermotosikal di Taman Maju terdengar jeritan wanita yang meminta tolong.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kedua-dua peragut yang terkejut dengan kehadiran polis menyebabkan pembonceng motosikal terjatuh, manakala penunggang motor tersebut berjaya melarikan diri.
”Pembonceng itu berjaya dicekup polis manakala suspek yang menunggang motosikal bertindak melarikan diri.
“Polis yang mengerakkan tindakan mengesan berjaya menangkap suspek di kediamannya di Kampung Melayu Majidee dan kedua-dua mereka berusia 31 dan 34 tahun,” katanya.
Mohd Mokhtar berkata, polis turut menjumpai semula beg wanita berusia 26 tahun itu yang mengandungi dokumen diri dan wang tunai RM70.
Hasil semakan, mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kenderaan dan pernah diambil tindakan mengikut undang-undang pencegahan selama dua tahun di Dungun, Terengganu.
Manakala seorang lagi suspek terlibat dalam kes lampau mencederakan orang dengan senjata pada tahun 1998.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari berakhir 10 Oktober depan bagi siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkawan) yang boleh membawa hukuman dipenjara 20tahun dan juga sebat.
No comments:
Post a Comment