Friday, 7 October 2011

OKU dipenjara gara-gara cederakan isteri

AYER KEROH - Seorang pembantu kedai makan dipenjara sehari dan didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya dalam satu pertengkaran antara mereka, bulan lalu. Mustafah Akhbar Alim, 41, yang juga orang kurang upaya (OKU) membuat pengakuan bersalah itu di hadapan Majisret Muhammad Hazri Hanafi. Tertuduh didakwa mencederakan isterinya, Siti Zuraida Mohd Merry, 19, dengan menggunakan sebatang pancing dan topi keledar di Jalan Pengkalan Rama Pantai, kira-kira jam 8.30 malam pada 25 September lalu. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. :Tertuduh dalam rayuannya, memohon mahkamah mengenakan hukuman minima terhadapnya kerana insaf dengan perbuatannya, selain berjanji untuk tidak mengulanginya.

No comments:

Post a Comment