Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kren yang dipandu seorang lelaki India dikatakan terbabas disebabkan cuba mengelak sebuah motosikal dari arah bertentangan.
Pemandu terbabit gagal mengawal kren dipandunya dari arah Bachang sebelum terbabas masuk ke bahagian siar kaki kedai makan yang terletak di bahu jalan.
Bagaimanapun kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa berikutan empat orang termasuk pemilik kedai yang berada di dalam kedai sempat melarikan diri.
– SH MNS/ Siti Shahrosamirah Shaharman
– SH MNS/ Siti Shahrosamirah Shaharman
No comments:
Post a Comment