Friday, 7 October 2011
Tak mahu nilai kekayaan diketahui
SAN FRANCISCO: Pengasas bersama Apple Inc, Steve Jobs dan isteri, menyerahkan sekurang-kurangnya tiga hartanah kepada beberapa yayasan pada 2009.
Pakar perundangan berkata, ia satu tanda Pengerusi Apple itu mahu memastikan asetnya tidak didedahkan selepas kematiannya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mendiang meletakkan sahamnya dalam yayasan yang sama. Bagaimanapun, jika beliau berbuat demikian, ia pasti sukar untuk menentukan bagaimana ia akan dibahagi-bahagikan.
Menempatkan saham dan hartanah boleh merendahkan cukai hartanah bila berlaku kematian pada seseorang dan mengawal ia daripada pendedahan kepada umum di Mahkamah Probet, kata Peguam Yayasan dan Hartanah di San Francisco, John O’Grady.
“Butiran mengenainya tidak akan didedahkan jika ia dilakukan secara betul oleh Jobs. “Butiran itu hanya akan timbul jika berlaku kesilapan,” kata peguam itu.
Selain sahamnya dalam Apple, Jobs mengumpul hartanya menerusi penjualan Pixar kepada Disney dengan menerima kira-kira 138 juta saham Disney pada 2006 menurut fail sekuriti.
Majalah Forbes menganggarkan keseluruhan kekayaan mendiang berjumlah AS$7 billion (RM21.6 bilion) setakat September 2011. - AFP
Labels:
jobs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment