Friday, 7 October 2011

Lelaki mengamuk ditembak polis




ANGGOTA pasukan SWAT menjalankan operasi memburu suspek yang melepaskan tembakan rambang dan membunuh tiga orang mangsa di Utara California kelmarin. - Reuters


CUPERTINO, California - Seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan rambang di sebuah kuari batu kapur di California Utara serta membunuh tiga orang dan mencederakan enam pekerja di situ ditembak oleh pihak berkuasa di Lembah Silikon selepas beberapa waktu memburunya.
Menurut laporan Mercury News, pegawai polis Santa Clara, Jose Cardoze mengesahkan Shareef Allman, 47, ditembak tetapi enggan mendedahkan sama ada suspek mati atau sebaliknya dalam tembakan tersebut.
Siaran langsung di televisyen menunjukkan kereta polis berkumpul di kejiranan Sunnyvale dan menarik satu bungkusan yang seolah-olah tubuh manusia dari sebuah rumah.
Tembakan tersebut berlaku kira-kira 8 kilometer (km) dari tapak kuari berkenaan.
Pihak berkuasa menjelaskan, Allman menjadi marah ketika mesyuarat keselamatan diadakan di Permanente Quarry dan meninggalkan mesyuarat itu. Dia kemudian datang semula dengan membawa senapang serta pistol dan mula melepaskan tembakan. Kira-kira 15 orang pekerja berada dalam mesyuarat tersebut. - AP

No comments:

Post a Comment