Friday, 7 October 2011

Guru didenda pandu melulu

KUALA KLAWANG - Seorang guru didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu, semalam kerana memandu secara melulu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dua beradik dalam satu kemalangan maut yang berlaku pada 13 Jun tahun lalu. Ketika kejadian kira-kira jam 2 petang, Saifuddin Jawa, 27, memandu kereta dari arah Seremban ke Kuala Klawang sebelum hilang kawalan di Kilometer 30 lalu terbabas ke arah bertentang dan merempuh motosikal dinaiki dua beradik itu. Mangsa, Nur Aiman Shah Mohd Shahrani, 15, yang menunggang motosikal terbabit dan adiknya Muhamad Akram Shah Mohd Shahrani, 12, bagaimanapun meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Kes itu tertakluk dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 33/87) dan boleh dihukum di bawah akta sama. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga 10 tahun atau denda RM5,000 hingga RM20,000. Bagaimanapun di dalam kes ini, Saifuddin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara di Seksyen 10 Kota Damansara dikenakan pertuduhan pilihan. Majistret, Mageshwary Munniandy menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ke atas Saifuddin atau penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

No comments:

Post a Comment