Friday, 7 October 2011

Ibu paksa anak melacur

DAMANSARA DAMAI - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan sahaja disuruh menjadi tukang urut sepenuh masa malahan turut dipaksa untuk melayan nafsu orang yang lebih tua daripadanya. Perkara itu diceritakan oleh Imam Masjid Al-Muhtadeen, Ustaz Mohd Fadhil Mohd Nor yang mengetuai satu serbuan cegah maksiat di sebuah apartmen awal pagi kelmarin. Menurutnya, remaja berusia 14 tahun ditahan berdua-duaan bersama seorang warga Nigeria berusia lingkungan 20-an di dalam sebuah bilik. “Remaja itu mengakui kegiatannya itu adalah atas kehendak ibunya yang turut bekerja sebagai tukang urut sepenuh masa di rumah,” katanya. Beliau berkata, dia terpaksa akur melayan kehendak ibunya kerana tidak mempunyai tempat lain untuk bergantung. “Ketika ditanya remaja itu cuba menyembunyikan hal sebenar namun setelah didesak dia kemudian menceritakan segalanya,” katanya. Difahamkan, remaja itu yang sudah tidak bersekolah tidak tahu berapa jumlah bayaran yang dikenakan jika dia melakukan hubungan seks bersama lelaki kerana hanya mengikut arahan ibunya sahaja. Tambahnya lagi, remaja itu mengaku sudah terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu beberapa bulan lalu. “Kita serahkan pasangan itu bersama tiga lagi warga asing yang berada di dalam rumah itu kepada polis sebelum kes itu dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment