Monday 24 October 2011

18 ditahan akibat berjudi siber di Seremban

SH: "
SENAWANG - Akibat bermain judi di sebuah pusat siber, tiga wanita dan 15 lelaki termasuk pekerja premis ditahan dalam serbuan operasi khas judi siber di Taman Matahari Height, di sini, malam tadi.

Katanya, operasi bermula jam 10.30 malam itu di ketuai oleh Pegawai Penguatkuasa, Ahmad Zaki Hamzah, serta 14 anggota dan pegawai Jheains dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri (JHEAINS), Ahmad Husaini Mustafa berkata, kesemua yang ditahan adalah beragama Islam dan terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40-an. – SH MNS / Sarinah Mat kasim"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment