Monday, 24 October 2011

Polis nyaris maut dirempuh kereta


GEORGE TOWN - Seorang anggota polis yang sedang meronda nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Larut, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata kejadian itu berlaku ketika Konstabel Amirul Sulaiman, 20an, yang bertugas di Balai Polis Central di sini sedang melakukan rondaan dengan menaiki motosikal bersama lima rakannya.

"Kejadian itu berlaku pukul 3 pagi apabila sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh motosikal mangsa.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak beberapa meter dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan," katanya.

Anggota polis itu patah tangan kiri dan luka di beberapa bahagian badan. Katanya pemandu berusia lingkungan 30-an kemudian bertindak memecut keretanya bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Gan berkata hasil pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Kita telah menahan wanita itu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata anggota polis terbabit yang patah tangan kiri dan luka di beberapa bahagian badan masih dirawat di HPP. - Bernama

SH:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment