SEREMBAN – Seorang pembantu restoran maut selepas terlibat kemalangan sehingga menyebabkan motosikal ditungganginya terbakar di Kilometer 267.3 berdekatan susur keluar Seremban - Labu di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa, Besirollah Ruhan, 18, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu kota menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ secara bersendirian.
Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kiri lebuhraya dipercayai melanggar belakang sebuah trak tunda di laluan sama.
“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terhumban atas jalan, manakala motosikalnya pula tercampak ke lorong atau laluan tengah lebuhraya.
“Akibat motosikalnya terseret itu dipercayai menjadi punca ia terbakar secara tiba-tiba,” katanya.
Menurutnya, mangsa mati di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di kepala dan dada.
“Pemandu trak yang berusia 40 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga pagi tadi (semalam),” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment