KULIM - Dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun ditahan bersama motosikal curi oleh anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim di Taman Mawar, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin.
Ketika ditahan tiga anggota yang diketuai seorang koperal, suspek menunggang Motosikal jenis Honda EX5 berwarna putih dalam keadaan mencurigakan.
Dari semakan dibuat melalui Bahagian Rekod Jenayah (BRJ) mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau dan pernah dipenjarakan.
Polis kemudiannya membuat pemeriksaan terhadap motosikal digunakan kedua-dua suspek dan mendapati ia dilaporkan hilang di Sungai Nibong Pulau Pinang pada 11 Mei lalu. Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.
Keputusan ujian saringan air kencing dijalankan terhadap suspek mendapati mereka positif heroin.
Polis mendapati nombor pendaftaran digunakan di motosikal ditunggangi suspek merupakan nombor pendaftaran palsu.
Pemeriksaan melalui sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati nombor pendaftaran digunakan merupakan milik sebuah kereta.
Polis turut merampas beberapa senjata tajam seperti parang, sabit, kapak dan tombak dalam sebuah beg dibawa suspek.
Salah seorang suspek menyatakan motosikal digunakan milik abang iparnya, bagaimanapun isteri suspek yang datang ke balai polis berkata motosikal itu dibeli suspek dari seorang kawan.
Suspek ditahan di lokap Balai Polis Kulim untuk sementara waktu sebelum dipindahkan ke lokap yang mana motosikal itu dilaporkan hilang.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment