Monday 24 October 2011

Lelaki warga emas maut dirempuh ketika hendak ke surau

SH: "
MARANG - Seorang warga emas yang dalam perjalanan menunaikan solat Maghrib di surau berhampiran rumahnya di Kampung Jambu Bongkok, di sini maut dirempuh sebuah motosikal, semalam.

Kejadian pada pukul 7 petang itu menyebabkan Embong Ali, 74, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian, manakala penunggang motosikal berusia 20 tahun itu cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata warga emas itu dirempuh ketika hendak melintas jalan di kilometer 53.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan untuk ke surau yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Mayat Embong dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan lelaki yang menunggang motosikal itu dirawat di hospital yang sama, katanya. - Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment