Monday, 24 October 2011

Helikopter India ceroboh Pakistan



ISLAMABAD - Tentera Pakistan menahan empat askar India selepas memaksa sebuah helikopter tentera India melakukan pendaratan kerana menceroboh ruang udara Pakistan, semalam, menurut jurucakap tentera Pakistan, Athar Abbas.

Namun, hanya beberapa jam selepas itu, Pakistan membebaskan helikopter itu dan kesemua askar India selepas pemimpin tentera kedua negara mengadakan perbincangan melalui telefon, sekali gus mengelakkan masalah antara negara berjiran itu.

"Helikopter itu memasuki ruang udara India secara tidak sengaja kerana cuaca buruk," menurut jurucakap tentera India mengenai insiden di wilayah Kargil itu.

Dua negara Asia itu dianggap musuh tradisi yang pernah terlibat dalam tiga peperangan antara satu sama lain sejak mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1947.

Namun, hubungan kedua negara dilihat semakin pulih selepas rundingan damai Islamabad-Delhi disambung semula, tahun ini.
SH:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment