Saturday 1 October 2011

5 lelaki ditahan berhubung kes bunuh suami isteri





2011/10/01

KUALA LUMPUR: Lima lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan suami isteri di kebun getah, Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Rabu lalu, ditahan di sekitar Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Yahya Afendy, berkata kelima-lima lelaki berusia antara 16 dan 44 tahun itu ditahan secara berasingan antara jam 5 petang dan 8 malam tadi.
"Ada antara mereka yang bekerja sebagai pengurus syarikat bas, pekerja kontrak, penoreh getah dan bekerja di kebun sayur.
"Tiga daripada lima suspek mempunyai beberapa rekod lampau antaranya kes samun," katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, mayat L Ramasandram, 57, dan isteri, A Bakiam, 51, ditemui orang awam pada jam 5.40 pagi dalam keadaan terlentang di atas tanah merah, dengan kesan tetakan pada bahagian kepala dan kedua-dua tangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment