Saturday 1 October 2011

Pelancong Arab Saudi cedera dirempuh jet ski



01/10/2011 10:18pm

GEORGE TOWN 1 Okt — Seorang pelancong lelaki warga Arab Saudi cedera di pinggang dan retak di pinggul kiri selepas dilanggar sebuah jet ski yang dinaiki dua rakyat India di Pantai Batu Feringghi di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, Ali Shamrani, 30, bersama isterinya juga sedang menaiki jet ski sebelum dirempuh sebuah lagi jet ski yang dinaiki rakyat India dari belakang menyebabkan Ali terjatuh ke laut.
Difahamkan Ali yang menunggang jet ski bersama isterinya sedang bercuti ke negeri ini sejak Jumaat lepas manakala rakyat India berkenaan, Nitish Kumar Gupta, 23, menaiki jet ski bersama rakan perempuannya yang hanya dikenali sebagai Swati, 20.
Kedua-dua mereka ke Malaysia bagi mengikuti rombongan lawatan sambil belajar yang disertai 49 penuntut serta dua pensyarah dari India dan berada di negeri ini selama sehari sebelum ke Langkawi esok.
Ali dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil manakala isterinya tidak cedera.
- Bernama

No comments:

Post a Comment