Warga emas berusia 76 itu berkata, dia beberapa kali bertanyakan soal hutang itu selepas berpeluang bertemu anaknya di wad Hospital Kuala Krai (HKK), semalam.
“Saya takut (bimbang) dia ada hutang tak dibayar, termasuk kereta yang digunakannya sekarang tetapi katanya, tak ada (hutang),” katanya ketika ditemui di Kampung Keroh, semalam.
Bekas Ketua Umno cawangan Keroh itu berkata, dia juga cuba mendapatkan maklumat mengenai punca anaknya ditembak daripada pekerja kilang papan terbabit untuk menenangkan hatinya tetapi gagal.
“Mula-mula dapat tahu mengenai kejadian, saya pergi ke kilang papan itu, tetapi tidak lama kerana waktu saya sampai, mangsa sudah dibawa ke hospital.
“Selepas pergi ke hospital dan dapat tahu dia dimasukkan ke wad, saya sekali lagi pergi ke kilang papan sebab nak siasat sebab apa dia kena tembak,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa berkata, dia mengetahui mengenai kejadian menimpa anaknya itu ketika berada di rumahnya di Kampung Keroh, kira-kira jam 7 petang kelmarin.
“Ada orang datang rumah dan beritahu anaknya kena tembak di tempat kerja. Saya terus pergi ke sana dan sempat lihat kesan darah di tangga berek tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, biarpun masih tidak tahu punca sebenar kejadian, dia bersyukur kerana mangsa hanya cedera ringan selepas tembakan tidak mengenai bahagian utama tubuh seperti tulang dan perut.
“Saya bersyukur kerana dia masih sedarkan diri serta boleh bercakap bila saya bertemu dengannya dan masih boleh menggerakkan kakinya yang kena tembak,” katanya.
Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, anak warga emas cedera paha kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki warga asing, dipercayai tauke dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pula berkata, kejadian berlaku kira-kira sejam selepas tercetus pertengkaran antara mangsa dan suspek dipercayai akibat hutang dadah.
No comments:
Post a Comment