Saturday, 1 October 2011
Didakwa miliki rokok tanpa cukai
IPOH – Seorang peniaga wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki 3,010 peket rokok bernilai RM5,878 tanpa cukai tahun lalu.
Bagaimanapun, Zuraini Osman, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai runcit di Meru, Jelapang di sini pada 16 Ogos 2010.
Dakwaan terhadap Zuraini dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Roslan Mohd Radzi dan S Mohan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Mohan menawarkan wang jaminan RM5,000 mengikut jumlah rokok yang dirampas.
Bagaimanapun, Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin menetapkan jaminan sejumlah RM600 dengan seorang penjamin setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk jumlah tanggungan.
Intan Nurul farena juga menetapkan 28 Oktober depan sebagai tarikh sebut semula kes itu.
Labels:
seludup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment