2011/10/01
SEOUL: Tiga bekas pelajar sebuah universiti terkenal Korea Selatan dihukum penjara dan maklumat peribadi mereka disiarkan dalam internet selepas didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekelas wanita ketika mereka mabuk, lapor akhbar Korean Herald. Mahkamah Daerah Seoul Tengah semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah kepada pelajar lelaki yang dikenali sebagai Park, 23, kerana meraba payu daya, perut dan bahagian lain mangsa.
Ketika kejadian, penuntut wanita itu minum arak bersama rakan sekelas lelaki dan tidak mampu menangkis serangan kerana mabuk, kata Hakim Bae Jun-hyun ketika membuat keputusan disifatkannya hukuman berat. – Agensi
No comments:
Post a Comment