Menurut sumber, pemimpin Taliban, Mullah Omar, mengarahkan 500 pengikutnya menyerbu rumah tempat Amal Abdul Fattah ditahan dan disoal siasat.
Selain Amal, rumah itu turut menempatkan dua lagi isteri Osama.
Sumber itu berkata, sepatutnya lokasi rumah itu rahsia, tetapi ada pihak tertentu dalam agensi perisikan Pakistan membocorkan maklumat berkenaan.
“Cubaan Taliban itu dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat maklumat dan ketiga-tiga isteri Osama dan lima anak mereka dipindahkan ke tempat lain,” katanya.
Sumber perisikan itu berkata, mereka memintas banyak perbualan di kalangan pemimpin Taliban serta maklumat dari kawasan pedalaman selama beberapa minggu.
Berdasarkan kajian, katanya, mereka yakin Taliban merancang melarikan Amal.
“Ekoran kejadian itu, tahap keselamatan di kalangan ahli keluarga Osama dipertingkatkan,” katanya.
“Dalam tempoh beberapa minggu ini, mereka berpindah tiga kali,” katanya.
Kelmarin, mereka dipercayai diletakkan dalam kawalan di kawasan berkubu di Islamabad, Pakistan.
Amal, 29, cedera ketika tentera elit AS menyerbu dan membunuh pemimpin tertinggi al-Qaeda itu di Abbottabad, Pakistan, pada 2 Mei lalu.
Lahir di Yaman, Amal mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun dan pihak berkuasa bimbang mereka mungkin boleh menjadi pemimpin baru al-Qaeda jika bolos dari tahanan.
Sumber berkata, Amal mengaku mahir menggunakan senjata, termasuk pelancar roket.
“Dia mahu memimpin jihad ke atas orang kafir dan melatih anaknya menjadi pejuang,” katanya. - TS
No comments:
Post a Comment