Tangkapan pada jam 10 pagi itu, adalah kejayaan hasil kerjasama awam yang menyalurkan mak- lumat kegiatan suspek.
Berikutan itu, ia memudahkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang menjejaki dan menangkap suspek selepas beberapa jam selesai memecah masuk rumah, di rumahnya di Kampung Padang Lerek, Tangkak.
Dipercayai, tangkapan itu susulan daripada penangkapan beberapa individu lain kerana membeli barangan kemas curi yang dijual suspek.
Tindakan suspek berusia 21 tahun yang juga penganggur menjual barang kemas curi itu bertujuan untuk melupuskan bukti kegiatannya turut gagal.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Harun Idris berkata, kegiatan pecah rumah yang dilakukan suspek melibatkan kerugian barangan kemas bernilai kira-kira RM8,000.
“Suspek ditahan reman sehingga kelmarin dan tidak menolak kemungkinan tempoh reman itu akan dilanjutkan.
“Hasil siasatan mendapati, suspek yang berasal dari Melaka adalah penagih dadah kerana positif Methamphetamine,” katanya kepada Sinar Harian.
Harun berkata, siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada suspek mempunyai jenayah rekod lampau ataupun tidak.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
No comments:
Post a Comment