Saturday 1 October 2011

Semua 18 penumpang, anak kapal terkorban nahas udara Sumatera Utara



01/10/2011 8:56pm

JAKARTA 1 Okt — Kesemua 18 penumpang dan anak kapal pesawat Cassa 212-200 milik PT Nusantara Buana Air (PT NBA) yang terhempas di Hutan Bahorok, Langkat, Sumatera Utara, Khamis lepas, telah ditemui meninggal dunia.
Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional Daryatmo berkata kesemua mereka meninggal dunia di tempat duduk masing-masing.
Ketika pasukan penyelamat menemui bangkai pesawat itu, pintunya didapati dalam keadaan tertutup, katanya di Medan, seperti yang dipetik agensi berita Antara.
Pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan kesemua mayat berkenaan dan usaha itu disulitkan oleh cuaca buruk dan keadaan lereng bukit serta hutan tebal di sekitar tempat pesawat itu terhempas.
Sementara itu, portal berita VIVAnews melaporkan bahawa semua jasad mangsa nahas udara itu telah dimasukkan ke dalam beg jenazah dan ditempatkan di helipad kecemasan di kawasan hutan itu namun mayat-mayat itu akan hanya akan diterbangkan dari tempat kejadian esok pagi.
- Bernama

No comments:

Post a Comment