Mustafa Hashim, 40, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan dibacakan hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar.
Tertuduh dari rumah pangsa Jalan Pandang Tembak, Ayer Itam disabitkan atas kesalahan miliki 26 besi secara haram dan gagal memberikan penjelasan memuaskan bagaimana barang tersebut diperoleh, kepada pihak polis, kira-kira jam 5.30 pagi, di tepi tapak pembinaan, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, kelmarin.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim membuat pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) Undang-Undang Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang secara haram.
Jika sabit kesalahan, Mustafa boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-dua sekali.
Dalam rayuan, Mustafa memohon hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan dia merupakan penanggung tunggal keluarga.
“Saya mempunyai tanggungjawab untuk menyara isteri dan dua anak, oleh itu saya merayu hukuman yang ringan,” katanya.
Selepas mendengar rayuan, Siti Salwa mengenakan denda RM300 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskannya.
No comments:
Post a Comment