Wednesday 28 September 2011

China kesal Israel rancang bina rumah di timur Baitulmaqdis

BEIJING: China semalam menyuarakan rasa kesalnya terhadap rancangan Israel membina 1,100 rumah lagi di timur Baitulmaqdis dan mendesak rejim Zionis supaya bertindak sewajarnya.
Eropah dan Amerika Syarikat mengutuk langkah membina rumah untuk pendatang Yahudi di kawasan Gilo yang disifatkan oleh pemimpin Palestin sebagai langkah yang memusnahkan cadangan untuk menyambung semula rundingan damai.

Kementerian Dalam Negeri Israel kelmarin mengesahkan, ia meluluskan rancangan untuk pembinaan rumah baru itu, bergantung kepada bantahan orang ramai dalam masa 60-hari. - AFP

No comments:

Post a Comment