Wednesday, 28 September 2011

Feri terbakar, lapan maut




Pasukan penyiasat memeriksa trak membawa bawang yang terbakar di dalam feri KM Kirana IX ketika berlabuh di Tanjung Perak di Surabaya, semalam. - AFP


JAKARTA 28 Sept. - Sebuah feri yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya pagi ini terbakar menyebabkan lapan penumpang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran itu.
Dalam kejadian itu, sebuah trak terbakar di dalam feri KM Kirana IX yang berlabuh di pelabuhan tersebut menyebabkan lebih 500 penumpang yang berada di dalamnya panik.
Ketua Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, penumpang yang menyedari kebakaran itu mula berasak-asak menyelamatkan diri sehingga berlaku rempuhan.
''Lapan penumpang terbunuh, manakala yang cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan,'' katanya.
Jelasnya, pasukan penyelamat sedang mengesan seorang penumpang yang terjun ke laut ekoran panik.
Pemilik feri berkenaan, Bambang Haryo berkata, sebahagian geladak feri terbakar tetapi kebakaran cepat dipadamkan dan tidak menyebabkan kerosakan besar.
''Kami berjaya memadamkan api dengan pantas. Kakitangan feri juga cuba mententeramkan penumpang tetapi jumlah mereka terlalu ramai,'' jelasnya.
Feri Kirana IX memiliki kapasiti membawa 850 penumpang dan dijadual menuju ke selatan Kalimantan. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment