Wednesday, 28 September 2011

Pilihan raya Mesir bermula 28 Disember

KAHERAH: Pilihan raya pertama Mesir sejak kejatuhan rejim Hosni Mubarak akan diadakan dalam 12 peringkat, termasuk pusingan kedua, dalam tempoh empat bulan.
Menurut butiran yang didedahkan, pemilihan anggota Dewan Rendah dan Dewan Tinggi, atau Dewan Perhimpunan Rakyat dan Majlis Syura, akan dibahagikan kepada tiga peringkat setiap satu, dengan satu pusingan kedua pada setiap peringkat.

Pilihan raya untuk Dewan Rakyat akan diadakan pada 28 November di sembilan kawasan mengundi dengan pusingan keduanya pada 5 Disember, lapor akhbar Al-Ahram.

Peringkat kedua pengundian juga meliputi sembilan kawasan pilihan raya yang bermula pada 14 Disember dengan pusingan kedua pada 21 Disember sementara peringkat terakhir bermula 3 Januari dengan pusingan kedua seminggu kemudian.

Pilihan raya Majlis Syura pula akan diadakan dalam tiga peringkat bermula 29 Januari dan berakhir pada Mac 11, lapor akhbar itu.

Dewan Rakyat dijadual bersidang kali pertama pada 17 Mac sementara Majlis Syura pada 24 Mac.


Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) yang mengambil alih kuasa selepas penggulingan Hosni berikutan kebangkitan rakyat pada Februari lalu berjanji memerintah sementara selama enam bulan sebelum menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam.

Selepas pilihan raya Parlimen dan Senat, sebuah jawatankuasa akan merangka perlembagaan baru untuk menggantikan undang-undang rejim Hosni dan diikuti dengan pilihan raya Presiden.

Jawatankuasa itu menetapkan enam bulan untuk menyiapkan tugasnya. - AP

No comments:

Post a Comment