Wednesday, 28 September 2011

Rangka manusia ditemui di ladang

JEMPOL 28 Sept. - Seorang pekerja ladang kelapa sawit yang sedang menjalankan kerja pembersihan terkejut apabila menemui beberapa tulang manusia berselerakan di Ladang Kongsi C3, Ladang Geddes di sini petang semalam.
Penemuan rangka pada pukul 4 petang itu, kemudiannya dilaporkan kepada majikannya sebelum pihak polis tiba untuk menjalankan pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, tulang tersebut ditemui bertaburan di dalam kawasan ladang kelapa sawit.
"Kita telah menjumpai tulang tangan, kaki, tulang belakang, tengkorak serta pakaian yang dipercayai milik orang yang belum dikenali di kawasan yang berbeza.
"Polis masih menyiasat kes ini dan berkemungkinan mangsa mati akibat lemas berikutan terdapat sungai berhampiran lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa mungkin telah dimakan oleh haiwan berikutan keadaan tulangnya yang bertaburan.
"Polis telah mengumpulkan kesemua tulang berkenaan untuk dihantar kepada Jabatan Kimia di Melaka bagi mengenalpasti identiti mangsa. Buat masa ini, kes itu disiasat sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Sabri menjelaskan, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kehilangan orang di sekitar kawasan tersebut.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga menghubungi Balai Polis Ladang Geddes di talian 06-4611222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah 06-4583449.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment