Timbalan Konsul, Nor Azme Salleh berkata, kesemua kes itu kini sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah negara ini dan mereka yang terbabit terpaksa meringkuk dalam pusat tahanan.
“Kita bimbang jika tiada langkah diambil semakin ramai akan menjadi mangsa (penipuan kad kredit),” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Menurut Nor Azme, pihaknya mendapati sindiket itu melibatkan rakyat Malaysia yang menggunakan bantuan orang tengah warga Vietnam.
Katanya, ahli sindiket di Malaysia akan mengenal pasti mangsa dan membawanya ke Vietnam untuk dipergunakan.
“Mangsa biasanya individu yang kurang pengetahuan dalam kegiatan penipuan dan mudah terpedaya kerana dijanjikan pelbagai tawaran seperti melancong dan sebagainya.
“Mangsa kemudian akan diberi kad kredit dan pasport palsu sebelum diarahkan membeli pelbagai barangan di Vietnam. Jika mangsa ditangkap orang tengah itu akan melarikan diri,” ujarnya.
Beliau berkata, dalam kes-kes itu, pihaknya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terikat dengan undang-undang di Vietnam.
Katanya, kes rakyat Malaysia yang menjadi ‘keldai dadah’ di negara itu dilaporkan hanya dua orang dengan yang terbaru berlaku awal bulan ini.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment