Wednesday, 28 September 2011

Korban kelima tragedi bom Golok



KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Malaysia yang dirawat di Hospital Hat Yai, Thailand sejak dua minggu lalu selepas terkena letupan bom di Jalan Charoen Khet, Sungai Golok meninggal dunia semalam.
Chan Yew Soon, 63, rakyat Malaysia kelima yang meninggal dunia akibat tragedi itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Difahamkan, mayat lelaki berasal dari Kubor Kuda di sini akan dibakar di Thailand sebelum dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.-kosmo

No comments:

Post a Comment