Wednesday, 28 September 2011

Tentera NTC diberi tentangan sengit

SIRTE: Tentera anti-Gaddafi mengalami tentangan sengit ketika mara untuk menawan Sirte, bandar kelahiran bekas pemimpin Libya itu dan antara kubu kuat terakhir penyokongnya.
Tentera rejim baru berkenaan juga terpaksa berundur selepas mendapat tentangan sengit di Bani Walid, satu lagi kubu penyokong Gaddafi.

Dalam pada itu, seorang anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata, pembentukan kerajaan peralihan yang terpaksa ditunda ekoran pertelingkahan mengenai perkongsian kuasa, ditangguhkan sehingga mereka menguasai seluruh negara itu.

Dalam mesejnya menerusi radio, Muammar Gaddafi mengalu-alukan tentangan sengit penyokongnya di Bani Walid. NTC berkata, empat pejuangnya terbunuh dan 11 cedera dalam pertempuran dengan tentera penyokong Gaddafi.

Kekalahan di Sirte lebih teruk apabila tentera NTC berusaha mara ke pusat bandar pesisir pantai Mediterranean itu.

Pertempuran berlaku sepanjang malam di Hotel Mahari di timur Sirte.


“Lebih 10 pejuang kami terbunuh dalam pertempuran berhampiran Hotel Mahari,” kata seorang pemerintah tentera yang enggan namanya disiarkan.

Menurutnya, pejuang NTC dengan penyokong Gaddafi bertempur dalam jarak dekat dengan raifal Kalashnikov serta bom tangan. - AP

No comments:

Post a Comment