"Ini adalah tanah nenek moyang kamu dan jangan sesekali anda melepaskannya dan saudara-saudara sekalian perlu menawan semula Tripoli dengan tentera.
"Saya kini bersembunyi, tetapi saya akan membekalkan anda semua dengan senjata," kata Saif kepada pengikut-pengikutnya yang berhimpun di satu lokasi yang tidak diketahui.
Rakaman video itu yang disiarkan semalam oleh Televisyen Arrai menunjukkan Saif memegang rifel automatik dan memakai seragam tentera.
Beliau sebelum ini tidak pernah muncul di khalayak ramai sejak ibu negara Libya ditawan pemberontak pada Ogos lalu.
Bagaimanapun rakaman video itu masih belum disahkan.
Kemunculannya ini adalah yang pertama sejak rakaman video beliau disiarkan pada 23 Ogos lalu, sejurus selepas pemberontak mengumumkan berjaya menawan Tripoli.
Saif dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana melakukan jenayah kemanusiaan.
Sementara itu, pegawai kanan tentera Libya, Hisham Buhagiar berkata, mereka mengesyaki Gaddafi kini bersembunyi di pekan Ghadamis, berdekatan dengan sempadan Algeria di bawah perlindungan pejuang etnik Touareg.
"Touareg masih menyokongnya (Gaddafi) dan dia dipercayai kini berada di kawasan selatan Ghadamis," katanya.
Tambahnya, mereka mengesyaki Saif pula berada di Bani Walid dan seorang lagi anak lelaki Gaddafi, Motassem pula berada di Sirte. - REUTERS
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment