Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, mangsa yang baru habis bekerja kira-kira jam 8.30 malam Isnin lalu dikatakan ditembak oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Mangsa di tembak sebanyak tiga das oleh suspek yang mengenai lengan, perut dan pehanya menyebabkan mangsa rebah di tempat kejadian.
“Menyedari mangsa rebah, kedua-dua suspek berkenaan melarikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, mangsa menguatkan diri meminta pertolongan dengan menunggang motosikal kira-kira satu kilometer untuk sampai di kedai berhampiran.
“Dalam keadaan anggota badannya yang terkena tembakan, mangsa tetap menunggang motosikal untuk mendapatkan bantuan orang ramai sebelum rebah.
“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan buat masa ini keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
No comments:
Post a Comment