Wednesday 28 September 2011

Militan serang pos kawalan tentera di sekolah: 4 terbunuh

NARATHIWAT: Berbelas-belas orang - disyaki militan Islam - menyerang sebuah sekolah di Narathiwat, semalam, menyebabkan empat tentera terbunuh dan seorang budak cedera parah.
Polis berkata, dianggarkan 18 orang berpakaian separa tentera melepaskan tembakan ke arah sekumpulan askar yang mengiringi guru pulang selepas mengajar.

Seorang daripada pelajar - berusia tujuh tahun turut parah terkena peluru sesat.

Serangan semalam adalah keganasan terbaru di satu daripada tiga wilayah bergolak di selatan Thailand sejak hampir lapan tahun lalu.

Sementara itu, penyelidik kanan Human Rights Watch, Sunai Phasuk, berkata dengan menyerang ke pos tentera dalam kawasan sekolah, pengganas tahu mereka turut akan mencederakan pelajar dan guru.

“Kekejaman begitu tidak dapat diterima sama sekali,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment