Wednesday, 28 September 2011

Bot karam di Bangladesh, 8 maut

DHAKA 29 Sept. - Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dan ramai dikhuatiri hilang selepas sebuah bot yang dinaiki lebih 100 orang penumpang karam di timur laut Bangladesh hari ini, kata polis.
Menurut ketua polis daerah, Jane Alam Khan, bot yang sarat penumpang itu karam dalam sungai Durlavpur di daerah Sunamganj , 200 kilometer dari Dhaka.
“Kami menemui lapan mayat setakat ini. Kami percaya ramai yang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing kerana ia karam berdekatan dengan jeti sungai itu,” katanya. - AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment