KUALA LUMPUR: Seorang ulat tiket hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.
Bagi pertuduhan pertama, Mohd Rajis Abdul Rahim, 28, didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 6.3 gram di sebelah bangunan Mydin, Jalan Silang, Dang Wangi, di sini kira-kira 7.30 pagi pada 22 September lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau untuk tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rajis didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 1.5 gram di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Mohd Rajis didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang wanita mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.
Kwan Choi Leng, 51, didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 9.15 gram di depan rumahnya Flat Melati, Jalan Loke Yew, Dang Wangi di sini, pada 4.30 petang, 22 September lalu.
Azizah menetapkan 8 November depan untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes itu sementara menunggu laporan kimia daripada Jabatan Kimia.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rebecca Mathan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Ulat tiket mengaku tak bersalah dua pertuduhan miliki dadah:Bagi pertuduhan kedua, Mohd Rajis didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 1.5 gram di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Mohd Rajis didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang wanita mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki dadah, Khamis lalu.
Kwan Choi Leng, 51, didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 9.15 gram di depan rumahnya Flat Melati, Jalan Loke Yew, Dang Wangi di sini, pada 4.30 petang, 22 September lalu.
Azizah menetapkan 8 November depan untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes itu sementara menunggu laporan kimia daripada Jabatan Kimia.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rebecca Mathan. - BERNAMA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment