Wednesday 28 September 2011

Pakistan beri amaran kepada AS

ISLAMABAD 28 Sept. - Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya menghentikan tuduhan bahawa negara itu menjalin kerjasama dengan kumpulan militan.
Sebarang tindakan ketenteraan oleh AS untuk 'menghancurkan' rangkaian Haqqani di Pakistan dilihat sebagai mencabul kedaulatan negara ini, katanya.
Amaran itu, jelasnya, berikutan kenyataan Pengerusi Ketua Turus Bersama tentera AS, Laksamana Mike Mullen yang menuduh agensi perisikan Pakistan menggalakkan rangkaian militan Haqqani untuk menyerang kepentingan AS di Afghanistan.
''Ia adalah mesej yang negatif dan akan mengganggu rakyat Pakistan. Mereka (AS) sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang positif,'' katanya.
Kenyataan Mullen, baru-baru ini memaksa Pakistan melancarkan serangan diplomatik terhadap AS dan cuba mendapatkan sokongan daripada China.
Yusuf Raza ketika diaju soalan tentang kritikan AS terhadap Pakistan berkata, ia merupakan 'cerminan' terhadap kekecewaan AS dalam memerangi militan di Afghanistan.
Sambil menolak dakwaan bahawa Pakistan berada di belakang keganasan di sempadannya, tegas beliau, kestabilan Afghanistan adalah antara keutamaan Pakistan. - afp
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment