BANGKOK: Kumpulan pemberontak hari ini menyerang sebuah sekolah di Narathiwat membunuh empat askar dan mencederakan dua lagi askar dan seorang murid.
Jurucakap polis berkata, lebih 15 pemberontak menyerang Sekolah Ban Lamoh, Ruesor, Narathiwat, pada 12.30 tengah hari dan menyerang enam askar yang mengawal sekolah berkenaan.
"Berlaku kejadian berbalas tembakan. Mereka mengambil beberapa senjata M-16 daripada askar berkenaan," kata jurucakap itu tanpa memberikan bilangan senjata berkenaan.
Empat askar yang terbunuh di tempat kejadian dikenali sebagai Sjn Niti Arree, 35; Sjn Suphachai Kaewnoonuan, 26; Prebet Naphasin Choosri, 23, dan Prebet Mutjarin Sulakarn, 23, katanya.
Mereka yang cedera adalah Prebet Krivit Suk-on, 23; Prebet Vittaya Naratcho, 23, dan seorang murid berusia enam tahun.
Askar ditugaskan mengawal sekolah serta mengiringi guru pergi dan pulang dari sekolah di selatan negara itu adalah satu pemandangan lazim berikutan pergolakan yang berlaku di wilayah berkenaan.
Sementara itu, seorang lelaki terbunuh selepas ditembak di pasar kampung Pakajinoh di Donrak, Nongchik, Pattani, pagi ini.
Ketua Polis Nongchik Kol, Chanawi Chamaruek, berkata mangsa Kampong Ngogngarm, 48, ditembak dua kali, satu mengenai kepala dan satu lagi dadanya.
Dia ditembak dua lelaki bersenjata yang bermotosikal dan mangsa meninggal dunia semasa dikejarkan ke hospital.
Lebih 4,500 orang terkorban sejak puak pemisah menggerakkan semula kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani tujuh tahun lalu. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pemberontak serang sekolah, empat askar maut:Empat askar yang terbunuh di tempat kejadian dikenali sebagai Sjn Niti Arree, 35; Sjn Suphachai Kaewnoonuan, 26; Prebet Naphasin Choosri, 23, dan Prebet Mutjarin Sulakarn, 23, katanya.
Mereka yang cedera adalah Prebet Krivit Suk-on, 23; Prebet Vittaya Naratcho, 23, dan seorang murid berusia enam tahun.
Askar ditugaskan mengawal sekolah serta mengiringi guru pergi dan pulang dari sekolah di selatan negara itu adalah satu pemandangan lazim berikutan pergolakan yang berlaku di wilayah berkenaan.
Sementara itu, seorang lelaki terbunuh selepas ditembak di pasar kampung Pakajinoh di Donrak, Nongchik, Pattani, pagi ini.
Ketua Polis Nongchik Kol, Chanawi Chamaruek, berkata mangsa Kampong Ngogngarm, 48, ditembak dua kali, satu mengenai kepala dan satu lagi dadanya.
Dia ditembak dua lelaki bersenjata yang bermotosikal dan mangsa meninggal dunia semasa dikejarkan ke hospital.
Lebih 4,500 orang terkorban sejak puak pemisah menggerakkan semula kempen bersenjata mereka untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani tujuh tahun lalu. - BERNAMA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment