SUBANG JAYA - Empat cedera dalam satu letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat membeli-belah Galeri Empire di sini, awal hari ini.
Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelangan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu.
"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam siasatan," katanya.
Polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi ini. - Bernama

No comments:
Post a Comment