Wednesday 28 September 2011

4 maut akibat tanah runtuh di Thailand

BANGKOK: Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang menghanyutkan rumah di perkampungan utara Thailand, semalam.

Kematian itu menyebabkan jumlah kematian akibat bencana alam termasuk banjir dua bulan lalu kepada 173 mangsa.

Mangsa tanah runtuh itu termasuk kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, adalah anggota keluarga yang terbabit dalam banjir kilat.
Seorang lagi mangsa di kampung sama di wilayah Chiang Mai hilang selepas kejadian itu yang turut memusnahkan beberapa rumah lain.

Banjir yang bermula di utara, melanda di 57 daripada 77 wilayah di Thailand, dengan 21 wilayah masih ditenggelami air.

Lebih 18,000 rumah mengalami kerosakan teruk dan berjuta hektar ladang ditenggelami air. - AFP
Berita Harian Online | 4 maut akibat tanah runtuh di Thailand:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment